Wednesday, March 7, 2012

Etika Orang Beriman



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda.
Maksudnya: “sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.”
(Riwayat al-bukhari dan Muslim)

kalimah satu

Kalimah “sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat” bermaksud sesiapa yang beriman dengan keimanan yang sempurna, dan keimanan itu akan menyelamatkannya daripada azab Allah dan membawanya mendapat reda Allah.

Kalimah dua

Kalimah “... hendaklah berbuat baik atau diam” bermaksud orang yang benar-benar beriman kepada Allah tentu takut dengan ancaman-Nya, sentiasa mengharapkan pahala nya-Nya dan meninnggalkan segala larangan-Nya.
Yang terpenting adalah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badan kerana kelak kite akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badan kita.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya  kelak pasti akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.  (Surah al-Isra’ 17:36)

Dan firman Allah yang bermaksud:
Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid.  (Surah Qaf 50:18)

Selain itu, Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
“Bukankah manusia terjurumus ke dalam neraka kerna tidak dapat mengendalikan lidahnya.”

Pengajaran

# persoalan iman berkait rapat dengan kehidupan seharian.
# islam menyeru tindakan yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan individu dalam masyarakat Muslim.
# termasuk dalam kesempurnaan iman ialah berkata perkataan yang baik atau diam daripada memperkatakan perkara yang tidak baik.
# berlebih-lebihan dalam pembicaraan boleh menimbulkan perkara yang makruh dan haram serta menyebabkan perkelahian dan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan yang lebih selamat.
# islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap keadaan.
# termasuk kesempurnaan iman adalah berbuat baik dengan jiran tetangga dengan cara:
    ~ menghormatinya
    ~ membantunya
    ~ tidak menyakitinya
    ~ membantu menjaga hartanya
# wajib menyuarakan pandangan dan pendapat apabila diperlukan khususnya jika bertujuan menerangkan yang haq(benar) dan berbuat amar makruf nahi mungkar.
# antara kemuliaan akhlak dan petanda komitmen diri terhadap syariat islam ialah memuliakan tetamu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“menjamu tamu sehari semalam adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”  (Riwayat Ibn Majah)                                         


No comments:

Post a Comment